Sunday, March 1, 2009

Hantar Soalan Anda Di sini

Jika anda ada sebarang soalan berkaitan agama, sila hantar soalan anda melalui ruangan dibawah. Ustaz hanya akan menjawab soalan bagi pengguna yang berdaftar sahaja, Insyaallah..

6 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum ustaz, Maaf, izinkan saya bertanya, apakah hukum bagi isteri yang melanggar perintah suami yang melarangnya daripada bekerja. Alasan isteri adalah, ingin membantu ibu bapanya serta adik-adiknya dikampung. Sedangkan, anak-anak terpaksa dihantar ke rumah pengasuh dan tidak terurus rumahtangganya. Untuk makluman ustaz, pendapatan suami tidak besar, hanya cukup-cukup untuk beliau & anak isteri sahaja.

Anonymous said...

Assalamualaikum wrmthwth.
Ustaz,
Saya nak tanya pasal solat jenazah. Saya pernah mendengar daripada satu kuliah mengatakan bahawa solat jenazah yang pertama didirikan utk satu-satu jenazah adalah yang paling afdal, oleh itu digalakkan solat yang pertama itu didirikan dengan kumpulan yang ramai, orang soleh dan sesempurna yang mungkin. Kerana sesetengah keluarga memulakan solat jenazah dirumah dan kemudian barulah dibawa ke masjid. Adakah dalil mengenai persoalan ini ustaz?
Yang kedua, ganjaran solat jenazah dan menghantar jenazah ke kubur sehingga selesai adalah sangat besar seumpama masing2 mendapat pahala sebesar bukit uhud untuk setiap satu itu. Boleh tolong ustaz jelaskan?
Dan yang ketiga, semasa menghantar jenazah ke kubur kita digalakkan membisikkan bahwa jenazah ini baik, baik... Saya perhatikan ramai mempraktiskan ini dan saya pernah dengar kuliah yang mengisahkan dizaman Rasulullah hal ini... Boleh ustaz jelaskan. Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum wrmthwth.

Ustaz,

Apa hukumnya isteri yang menghalang suami dari pergi ke masjid? Alasannya, sediakan dulu keperluan makan minum anak, isteri... bila semua dah kenyang biasanya dah lepas isya'... Hari2 macam tu... Adakah saya suami yang dayus kerana terlalu mengikutkan kehendak isteri?

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,

saya mohon pandangan dan pendapat ustaz..secara ringkasnya bagaimana hukumnya tentang seseorang yg tidak menutup aurat tetapi dalam masa yang sama masih melaksnakan tanggungjawab sebagai muslim..contohnya mcm sembahyang,berpuase..adakah mendapat pahala..sedangkan dlm solat die menutup aurat tetapi selepas solat buka aurat plak..sama juga mcm berpuase tp tak pakai tudung..adkah segala amalannya yakni solat,berpuasa itu sia2..atau pahala yg die dpt tue bertukar mjdi dosa..kesimpulannya die tak dpt2 ape la ye ustaz..harap dpt pandangan ustaz..mungkin ustaz boleh komen skit dlm kuliah ustaz setiap ari isnin di masjid tmn u.saya biase mengikutinya disana..terima kasih..semoga ustaz berbahgia bersama keluarga..dari amar..

Muhammad said...

Saya Muhammad

1. Apakah hukumnya bagi kita rakyat Malaysia yang menggunakan wang(pinjaman atau simpanan etc) di bank konvensional yang kita pasti ada riba sedangkan boleh di elak dengan menggunakan bank Islam. Bagaimanakah kita mahu menebus riba yang kita ambil selama ini? Adakah aqidah kita gugur jika kita mengakui bahawa bank konvensional lebih bagus dari bank Islam?

2. Dalam keadaan bagaimanakah kita boleh menggunakan hujah-hujah dari mazhab lain sedangkan kita bermazhab shafie dalam sesuatu ibadat. Adakah betul kita boleh menggunakan hujah dari mazhab lain sekiranya kita berpegang pada dalil yang diberikan daripada imam lain dan adakah ia lebih bagus dari kita taqliq sahaja dengan imam mazhab shafie. Sebagai contoh, doa qunut. Kita tidak tahu dalil imam shafie tentang kewajipan doa qunut tetapi kita tahu dalil imam mazhab lain tentang dalil yang Rasulullah tidak berdoa qunut. Manakah yang lebih awla untuk kita buat?

3. Minta ustaz sertakan jadual ceramah/ pengajaran ustaz kat blog ini. Supaya senang untuk saya menghadiri ceramah2 ustaz

Yang Ingin Tahu said...

Ustaz ,

adakah kita perlu mempelajari ilmu tarekat , makrifat ? Apa perbezaan dengan ilmu feqah (fiqh)?? Ilmu Feqah banyak khilaf yang membuat umat Islam berpecah belah ...

Post a Comment

Siapa Ustaz

Nama:
*Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin

Kelulusan:
*
Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya 1999
* Sedang menyiapkan Ijazah Sarjana di Universiti Utara Malaysia

Jawatan :
*Imam 2 Masjid Jamek Tan Sri ainuddin Wahid.
*Pengerusi Biro Dakwah dan Pendidikan di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid

Pedoman AL-QURAN

Peristiwa yang berulang.

Sekumpulan manusia dibunuh beramai-ramai oleh musuh-musuh Allah hanya kerana mereka beriman kepada Allah. Janji balasan Allah tetap benar!Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

(Surah AlBuruuj: 4-11)
Template by BPR | Blog - Blog