Thursday, March 26, 2009

Tidur di dalam masjid

myanimasi said...

Assalammualaikum ustaz, Saya nak tanya sikit pasal perbuatan tidur didalam masjid apa hukumnya ustaz. Wassalam

Jawapan :
Perbuatan tidur di masjid adalah diharuskan dengan syarat menjaga adab-adabnya. Bahkan sekiranya berniat iktikaf akan mendapat pahala dari sisi Allah s.w.t. wallahu A'lam

Siapa Ustaz

Nama:
*Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin

Kelulusan:
*
Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya 1999
* Sedang menyiapkan Ijazah Sarjana di Universiti Utara Malaysia

Jawatan :
*Imam 2 Masjid Jamek Tan Sri ainuddin Wahid.
*Pengerusi Biro Dakwah dan Pendidikan di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid

Pedoman AL-QURAN

Peristiwa yang berulang.

Sekumpulan manusia dibunuh beramai-ramai oleh musuh-musuh Allah hanya kerana mereka beriman kepada Allah. Janji balasan Allah tetap benar!Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

(Surah AlBuruuj: 4-11)
Template by BPR | Blog - Blog