Tuesday, June 30, 2009

Pembelajaran Ilmu Akidah

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,
pembelajaran untuk anak2x di peringkat sekolah kerajaan banyak ke arah ilmu syariah tetapi kekurangan/ lemah dari ilmu akidah ... lebih2x lagi bab tauhid dan ketuhanan menurut Islam...
saya juga percaya bukan dari peringkat anak2x , malah di peringkat orang dewasa pun sama . Alangkah baik dan saya mencadangkan pihak masjid mengadakan kelas2x atau penerangan bab tauhid atau ilmu akidah menurut islam supaya ianya tidak terpesong dan keliru .

Jawapan:
Pembelajaran ilmu akidah merupakan cabang ilmu yang paling utama dalam agama islam. Ulama usuluddin ada menyatakan awwaluddin ma'rifatullah. Sememangnya ilmu ini amat penting bagi menjamin kemurnian kepercayaan dan keimanan kepada Allah sebelum dijemput menemuiNya. Orang yang mempunyai keimanan yang kental akan mampu menjadi hamba yang soleh. Justeru itu, pihak kami amat menyetujui cadangan tersebut agar pembelajaran akidah diperkasakan lagi dengan menggunakan metod-metod semasa. Namun begitu, pihak masjid ada juga menganjurkan ceramah khusus seperti yang disampaikan oleh Prof MAdya Dr Arif Kasmo yang membicarakan berkaitan Pengukuhan akidah melalui sains al-Quran (PASAK). Namun saya ingin mencadangkan agar semua umat islam berusaha menghadamkan kitab mastika hadis jilid pertama yang membicarakan khusus tentang permasalahan akidah. Selain itu, terdapat buku yang baik karangan abdul Majid Zindani yang cukup berkesan untuk memperkukuhkan akidah umat islam

1 comments:

Insan yang serba kekurangan said...

Ustaz,
bagaimana pula dengan ilmu usul ... yang menghuraikan berkaitan makrifat ...

Post a Comment

Siapa Ustaz

Nama:
*Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin

Kelulusan:
*
Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya 1999
* Sedang menyiapkan Ijazah Sarjana di Universiti Utara Malaysia

Jawatan :
*Imam 2 Masjid Jamek Tan Sri ainuddin Wahid.
*Pengerusi Biro Dakwah dan Pendidikan di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid

Pedoman AL-QURAN

Peristiwa yang berulang.

Sekumpulan manusia dibunuh beramai-ramai oleh musuh-musuh Allah hanya kerana mereka beriman kepada Allah. Janji balasan Allah tetap benar!Celakalah kaum yang menggali parit, (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya, Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.

(Surah AlBuruuj: 4-11)
Template by BPR | Blog - Blog